? ????????????????????????????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in t
o your Blogger account and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

advertise...

July 13, 2013

New Rossoneri Jersey...

 


13 Julai 2013, Salam... hari nih masuklah hari yang keempat seluruh umat islam menunaikan ibadah puasa di bulan ramadhan, Alhamdulillah hari nih dapatla jugak aku menjalani solat tarawikh... yahhh cuaca pada malam nih dalam keadaan sejuk hujan masih lagik turun membasahi bumi... Nampaknya tidak lama lagik Musim Bolasepak membabitkan Liga2 di Eropah bakal bermula... Ketika ini penghijrahan dan penjualan Pemain2 ke kelab-kelab ternama menjadi tajuk bualan sebelum bermulanya saingan Liga nanti... Bagi skuad Rossoneri beberaper rombakan di dalam pasukan telahpun dilakukan... Pemain senior skuad Rossoneri iaitu Ambrosini yang telah berada selama 8 tahun bersama kelab Milan akhirnya terpaksa mengucapkan selamat tinggal dimana kontraknya bersama Milan tidak akan disambung lagik dan kini beliau telahpun menyertai pasukan Fiorentina secara sah... Walaupun khabar dari England dengan minat dari kelab West Ham untuk membawanya ke sana tidak kesampaian... Teka-teki mengenai kedudukan Jurulatih Allegri akhirnya terjawab dengan beliau masih dikekalkan dalam pasukan... Begitu juga dengan nasib penyerang muda iaitu El-Sharaawy, dengan beberaper kelab ternama berminat untuk mendapatkan khidmat beliau antaranya Manchester City dan Chelsea... namun hasil rundingan beliau dengan Galliani akhirnya mengesahkan El-Shaarawy ingin terus bersama skuad Rossoneri dan tidak berhasrat untuk meninggalkan kelab yang diminatinya semenjak kecil lagi... Seorang lagi pemain Milan iaitu Taye Taiwo yang merupakan pemain yang dipinjamkan kepada kelab Dynamo Kyiv dan sebelum itu beliau ke QPR... Milan telah mengambil keputusan untuk menjualkannya kepada Kelab dari Turki iaitu Bursaspor dengan mengikat kontrak bersama kelab itu selama 3 tahun... Kembalinya juga pemain yang dipinjamkan selama setahun bersama kelab Fullham iaitu Emanuelson yang merupakan pemain muda yang berasal dari Belanda... Robinho satu2nya pemain penyerang yang telah pun bersama dengan skuad Rossoneri untuk beberaper musim, dengan kelab asalnya yang berpengkalan di Brazil iaitu kelab asal beliau Santos ingin membawanya kembali kesana... Namun berita terkini dari San Siro mengatakan beliau masih ingin kekal bersama Milan untuk satu musim lagi... Bagi pemain pertahanan Mario Yepes dan penyerang pinjaman Bojan Krkic, khidmat mereka telah pun berakhir dan Milan tidak mahu lagik menyambung kontrak mereka... Flamini juga khabarnya ingin berhijrah ke England setelah menghabiskan masa selama 5 tahun di Itali...

Milan juga telah pun berjaya membawa masuk pemain2 muda yang berbakat bagi menghadapi musim baru nanti... Antara yang terawal menyertai skuad Rossoneri ialah Andrea Poli (pemain tengah) dari kelab Sampdoria dengan nilai pembelian sebanyak 3 juta euro... Seorang lagik pemain berbakat dan pemain muda dari kelab Empoli iaitu Ricardo Saponara (pemain penyerang) dengan nilai pembelian sebanyak 4 juta euro... Jherson Vergara pemain pertahanan yang berasal dari Colombia yang beraksi bersama kelab di liga Colombia dengan pembelian sebanyak 2 juta euro... dan dua pemain muda Milan yang beraksi di Liga Primavera iaitu Andrea Petagna dan Bryan Cristante diserapkan ke skuad senior...

Ini merupakan gambar2 Jersi terbaru pasukan Rossoneri/AC Milan bagi musim 2013/2014...









0 comments:

advertise...

advertise...

pemberian sahabat...

Powered by BannerFans.com

reference...

Related Posts with Thumbnails