? ????????????????????????????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in t
o your Blogger account and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

advertise...

November 6, 2010

(citer ) cameron hari pertama...


06 November 2010, Salam... hari selasa yang lalu bertarikh 02 November 2010, hari dimana aku bertolak ke tanah tinggi tuk menghadiri satu kursus yang dianjurkan oleh unit tempat aku bekerja... aku bertugas di unit yang dikenali sebagai Sistem Maklumat & Rekod Dokumentasi, bahagian Perubatan di Jabatan Kesihatan Negeri Perak... unit ini juga berperanan dalam memantau aktiviti2 yang melibatkan hosptal2 dan pejabat kesihatan seluruh negeri Perak khususnya serta memperoleh maklumat berkaitan pesakit luar dan dalam... kursus selama 3 hari 2 malam dan berakhir pada 04 November 2010 yang lalu...

Perjalanan bermula pada pukul 11.00 bertolak dari ibu pejabat... kali ini aku bukan pergi sebagai peserta sebaliknya menjadi urusetia bagi kursus ini... aku sampai di tanah tinggi di lokasi tempat berkursus pade pukul 12.30 tengahari... aktiviti akan bermula pade pukul 3.00 petang... jadik aku terus ke lobi tuk mendapatkan kunci bilik... sampai di kaunter hotel nih kononnyer nak ambil kunci, rupe2nyer petugas di kaunter memberitahu kunci bilik yang bernombor 114 telah pun diambil... jadik aku pun terus bergerak menuju ke billik penginapan... bila tiba jerk di kawasan bilik penginapan, pe yang peliknyer aku bleh lupe lak memang terus tak ingat nombor bilik yang telah diberitahu tadi... aku terus masuk ke bilik yang bernombor 117 yang telah terbuka pintunya... pe lagik aku terus masuk bilik tuh dan berkemas barang2 yang dibawa ke dalam almari bilik... dalam sibuk duk berkemas tibe2 pintu bilik terbuke oppssss sorry ye... tulah ayat yang terkeluar dari seorang aweks yang merupakan salah seorang peserta kursus nih... mase tuh memang takleh nak kate ape2 la terdiam lak aku mase tuh, malu dan terkezut ade la heh... selepas tuh dalam beberaper minit kedengaran ketukan dari luar pintu bilik... aku pun bukakla pintu tuh, nampaknyer petugas hotel menanyakan pe nama aku disebabkan ade berlaku kesilapan dalam mengisi bilik penginapan... mula2 aku pun tak rase lagik last2 barula teringat rupernyer aku dah tersalah bilik, pe lagik terus jerk kemas balik barang2 semua ke dalam beg dan terus beredar ke bilik yang sebenarnya alahai malu gilerrr mueehehehehe...

Cuace pade hari tuh di tanah tinggi betul2 sejuk dengan keadaan yang mendung dan gelap, tapi di sebelah petang hujan telah pun turun dengan lebat.. alhamdulillah aktiviti pade petang tuh bermula dengan baik dan telah diadakan dalam satu bilik yang telah disediakan oleh petugas hotel tersebut...


* citer cameron akan bersambung di lain entri...




2 comments:

Wanie-san said...

hehehe...
boleh plak tersalah masuk bilik..
nasib awek tu xmarah2...
btw, salam ziarah..:)

mightymie said...

huhuhu tula pasal... jg mare nanti cepat tue mueheheheh...

advertise...

advertise...

pemberian sahabat...

Powered by BannerFans.com

reference...

Related Posts with Thumbnails