? ????????????????????????????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in t
o your Blogger account and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

advertise...

June 17, 2010

(addin) nampak remeh tapi penting...

- sekadar hiasan -
17 Jun 2010,
Salam... Islam adalah agama yang indah dan lengkap. Cara hidup umat Islam telah diberi panduan dari semua sudut dari sebesar-besar dan penting sesuatu perkara sehinggalah kepada perkara-perkara yang remeh. Islam mengajar manusia kepada kebaikan dan sangat mementingkan akhlak yang baik... ”Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik”.


Selain dari menjaga lidah dari perkataan yang tidak baik, kita juga harus menjaga adab-adab misalnya adab makan (table manners), adab memasuki tandas (toilet manners) dan sebagainya. Jika kita melakukan perkara-perkara di atas tanpa mengikut apa yang diajar oleh Rasulullah saw, ia menjadi satu adat sebaliknya jika mencontohi perbuatan baginda ia menjadi satu ibadah dan pastinya dengan mudah mendapat pahala... Islam memang practical dan generous!


Ramai di kalangan umat Islam memandang remeh sewaktu menghadap rezeki yang Allah beri... Tanpa mengira tangan kanan atau kiri terus menyuap ke mulut... Pada hal dalam Islam, Rasulullah sangat menitikberatkan perkara tersebut berdasarkan hadis di bawah ini:


Dari Umar r.a. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
“Jika sesiapa dari kamu makan hendaklah makan dengan tangan kanan. Jika minum hendaklah minum dengan tangan kanan kerana SYAITAN makan dengan tangan kiri".


Jika kita ke majlis-majlis rasmi pastinya kita selalu mengikut protokol bila berkait dengan table manners. Mengapa kita perlu mengikut budaya barat yang memang sengaja nak selewengkan kita dari amalan yang diajar oleh Rasulullah... Kita mengaku kita umat nabi Muhammad saw tetapi kita lebih selesa dengan protocol yang diajar oleh Barat tanpa mempedulikan kata-kata Rasul kita sendiri...


Kita sepatutnya sedar bahawa tempat kediaman syaitan ialah di dalam tandas, pasar dan tempat membeli belah di mana tempat-tempat tersebut adalah tempat yang kotor... Bagaimana kita masih boleh berselera dengan hidangan yang memang enak tetapi berkongsi makanan dengan syaitan yang pengotor!



Begitu juga sewaktu memasuki tandas. Kita hendaklah masuk ke tandas dengan kaki kiri dan keluar tandas dengan kaki kanan disertai dengan doa masuk tandas. Kita juga dilarang bercakap di dalam tandas (esp. Sewaktu buang hajat).


Hadis Rasulullah saw bermaksud:
Dari Abi Sa’id, ia berkata: Aku mendengar Nabi saw bersabda: ”Janganlah dua orang lelaki keluar buang air dengan membuka auratnya sambil bercakap-cakap kerana sesungguhnya ALLAH MURKA atas perkara itu” (HR Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)





Meskipun hadis itu menyebut dua orang lelaki bukan bermakna orang perempuan terlepas dari larangan tersebut kerana kita sedia maklum bahasa Arab adalah bahasa Al Quran yang maknanya begitu halus dan tafsirannya penuh dengan pengertian yang mendalam....




Sementara itu, dalam bab wudhu pula, masih ramai yang mengambil wudhu secara tidak sempurna... Ada yang membasuh tangan dari siku ke jari jemari dan basuh kaki sekadar jirus keseluruhannya... Sepatutnya mengikut tertib mestilah membasuh kedua-dua tangan dari jari-jari hingga ke siku dimulai dengan tangan kanan manakala membasuh kaki dari jari-jari kaki hingga ke dua mata kaki (buku lali)...




Sekiranya wudhu’ kita tidak sempurna tentulah solat tidak sah kerana;
‘Wudhu adalah kunci kepada solat dan solat adalah kunci ke syurga”.




Marilah kita bersama-sama memperbaiki amalan demi meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T. Sesuatu amalan yang dilakukan dengan ikhlas tapi tidak betul tidak diterima Allah dan jika amalan itu betul tapi tidak ikhlas juga tidak diterima oleh Allah sehinggalah amalan itu ikhlas dan betul kerana Allah...






*kiriman sahabat e-mail...

2 comments:

alinac lover said...

waaa... sgt terharu..thanks info yg sgt bergunaaaa~

mightymie said...

sama2 kite sesame seagame perlu ingat mengingati...

advertise...

advertise...

pemberian sahabat...

Powered by BannerFans.com

reference...

Related Posts with Thumbnails