? ????????????????????????????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in t
o your Blogger account and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

advertise...

December 3, 2008

Tahukah Hangpa...

1. Tahukah Hangpa apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yangmengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah Hangpa yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Inikerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Tahukah Hangpa Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yangbertentangan.

4. Tahukah Hangpa dalam bahasa Inggeris dan Italy,jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellinipada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi..

5. Tahukah Hangpa bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susucap bendera.

6. Tahukah Hangpa magnet ialah sejenis logam yang jugadigelar besi berani. Sebagaimana namanya magnetialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Hangpa cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan Hangpa bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku..

9. Tahukah Hangpa burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Hangpa bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza darisegi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Hangpa gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Hangpa orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Hangpa ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah Hangpa bahawa hampir kesemua pembaca fakta2 diatas telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.heheheheh.......

* sekadar kasi korang tak stress jerk

2 comments:

[yAN!e][pUTraJAya] said...

HANGPA wat lawak aper petang2 nih...?

muehehhehe

(^_^)

mightymie said...

tak wat pa pun dik hangpa suka suka ja nih huhuhuhu

advertise...

advertise...

pemberian sahabat...

Powered by BannerFans.com

reference...

Related Posts with Thumbnails